Wednesday, 15 March 2017

Bekam, Minyak Ikan dan Rambut Gugur

Rambut gugur. Hmmm..masalah besar...

Saya ada rambut. Awak ada rambut. Semua orang ada rambut. Kalau xda rambut, mungkin awak sejenis pokok atau reptilia. Gurau je. hihi...Kita kan mamalia, mamalia memanglah berbulu kan.

Saya pasti ramai di luar sana mengalami masalah rambut gugur. baik lelaki mahupun wanita. Saya? rambut saya gugur sejak (sekurang-kurangnya) saya berumur 16 tahun. Tapi mungkin saya dikurniakan rambut yang cepat panjang dan cepat pula baby hair menjelma kembali, jadi rambut gugur bukanlah isu besar. Cuma sakit hati juga bila tengok rambut gugur di celahan jari jemari atau di lantai bilik. Tengah baca tahiyat akhir pun mata boleh lagi mengekor ke arah rambut-rambut yang beterbangan dihembus angin kipas jenama Pensonic. 

Beberapa tahun lepas, saya menyimpan hasrat untuk tidak memotong rambut selama yang boleh. Akan tetapi, memikirkan perihal rambut yang berguguran bak bunga Sakura ketika musim luruh (ye ke bunga Sakura gugur time musim luruh??), terus Google home remedy untuk rambut gugur. Banyak cara untuk mengelakkan rambut dari gugur. Ini saya buat kesimpulan atas research yang dilakukan bertahun dahulu dan saya masih amalkan sebahagiannya hingga ke hari ini. 

Bahagian pertama: Faktor dalaman.
Bila bercakap tentang faktor dalaman, tidak lain dan tidak bukan pastilah faktor pemakanan kita a.k.a diet. Bukan diet yang sibuk nak kuruskan badan tu, tapi diet yang merujuk pada eating style  kita. Perlu difahami bahawa rambut terdiri dari komponen filamen protein yang terbentuk di folikel kulit kelapa. Eh, kepala. Senang cakap, rambut ni adalah protein yang tubuh atas kepala kita. Jadi, untuk dapat rambut yang sihat, kena la makan protein. Contoh makanan berprotein adalah ikan/ayam/daging/kekacang/telur. Makanlah makanan tambahan yang baik untuk tubuh, terutama jika kita mengalami maslah kelesuan. Kekurangan zat dan stress (mental dan fiikal) memang penyebab utama rambut gugur. Tambah lagi bangsa yang suka ikat rambut ketat-ketat sampai kening pun dan macam Wong Fei Hong. 

Bahagian kedua: Faktor kosmetik/luaran
Saya bagi nama pada bahagian kedua ni Faktor Kosmetik kerana ia berkaitan dengan aspek kosmetik. Contohnya, penggunaan produk muka dan rambut. Saya amat teliti jika melibatkan produk kecantikan. Pertamanya, saya tidak lah secantik Miranda Kerr, manis tu ada la. Siapa bilang gadis Melayu tak menawan? Cuma, bila saya baca segala mak nenek bahan kimia pada label produk, tak sampai hati rasanya nak bertindak kejam ke atas kulit sendiri. Biarlah orang cakap outdated atau kedekut (memang kedekut pun), bila nampak  macam-macam chemical name yang berbelit lidah nak sebut, memang tak jadi beli. Jadinya, gunalah bahan yang 100% semulajadi seperti natural oil. Contoh natural oil adalah minyak argan, minyak zaitun, minyak kelapa dara. Mineral oil tidak termasuk ya kawan-kawan. In fact, mineral oil telah terbukti tidak membawa apa-apa kebaikan pada kulit selain memberi rasa lembap. Baby oil pun sama. *Nanti saya update reference. 

Bahagian ketiga: Faktor Usaha Alternatif
Bahagian ini merupakan bahagian feveret. Kenapa feveret? Anda pernah dengar pasal berbekam? atau mat salleh panggil Cupping therapy. Katanya kaedah perubatan alternatif ni asalnya dari China. Wallahualam. Tak kisah lah. Menurut pengalaman yang saya baca di internet, berbekam secara konsisten memang membantu rambut untuk tumbuh semula (source hilang. malas nak cari), dan boleh memperlahankan rambut gugur. Kaedah ini juga anjuran Rasulullah kesayangan kita. So kawan-kawan, tidak salah mencuba. 

Perkongsian pengalaman saya

Disclaimer katenyerr: Ini adalah semata-mata perkongsian pengalaman. Saya tidak pernah merujuk mana-mana doktor atau Dermatologis bertauliah. Bacaan atas risiko sendiri. 

Saya meminimakan makan makanan segera. Saya makan makanan sebenar. Saya tidak minum air berkarbonat (kadang-kadang terlepas juga). Saya bertukar ke jenama Himalaya untuk shampoo, Saya masih menggunakan conditoner Pantene. 

Saya makan supplement minyak ikan Jenama Blackmores, saya mengurut kulit kepala dengan Grapeseed Oil. saya mengamalkan bekam di kepala sekurang-kurangnya sekali sebulan. 

Hasilnya, rambut saya tidak gugur. Pelik. Tapi benar. Takda lagi rambut atas bantal, rambut gugur time mandi atau beterbangan di lantai. Alhamdulillah. 

Cuma...
Cuma kan.....

selepas beberapa bulan saya tidak berbekam (pokai), rambut mula gugur semula. Pelik. Kemudian minyak biji anggur pula habis. Semakin gugur rambutku. 

So, kesimpulan yang dapat saya simpulkan adalah, amalan berbekam, memakan fish oil dan menggunakan minyak biji anggur sebagai minyak rambut berkesan melawan rambut gugur. Tapi bila kita stop, rambut pun protes kembali. Sekian. 

Thursday, 2 February 2017

Kopi, Jamu Kunyit dan Aku.

Assalamualaikum semua. Salam Sejahtera. Salam Perpaduan.

Hari ini saya tergerak untuk menulis pengalaman semasa cuba untuk menurunkan berat badan Januari lepas, dan pengalaman ini ada kaitan dengan minuman Jamu Kunyit.

Sebagai permulaan, perlu difahami bahawa saya merupakan peminum kopi tegar. Sehari minum 3,4 cawan kopi tu biasa je. Ada yang cakap saya ketagih. Salah. Bagi mereka yang melulu mengatakan peminat kopi ini ketagihan kafein, semak semula definisi ketagihan. Jauh beza antara menikmati rasa kopi pekat yang dicampur susu segar dan setengah sudu gula, dengan - kalau-tak-dapat-kopi-menggigil. Ya, saya rasa sedikit hhhmmmm dengan orang yang melulu melabel kami sebagai ketagihan kafein. Eh, dah terkeluar topik. 

Baiklah.

Jamu kunyit. Saya telah mengetahui kebaikan jamu kunyit beberapa tahun lepas apabila menonton drama TV Indonesia di TV3. Babak drama tersebut tiada kaitan langsung dengan Jamu Kunyit, tapi bibik dalam drama tersebut sedang minum Jamu Kunyit. Lalu saya seperti biasa terus mencari maklumat berkaitan Jamu Kunyit dan mendapati minuman ini merupakan minuman ruji wanita di Indonesia. Khasiat kunyit amat luas. Mungkin saya akan tulis artikel yang lebih terperinci tentang kunyit dalam post yang seterusnya. Antara kebaikan kunyit yang memang saya perlukan untuk diri sendiri adalah kandungan antioksidan yang sangat tinggi dan mampu menambah tenaga. Saya merasakan, ramai yang tahu bahawa antioksidan sangat penting untuk kesihatan tubuh, lebih-lebih lagi dengan gaya hidup yang kurang sihat dan udara yang tercemar. Antioksidan merupakan komponen yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk meneutralkan 'free radicals' atau radikal bebas yang terlalu tinggi. Kandungan radikal bebas yang terlalu tinggi dalam badan boleh mengganggu berbagai proses dalam tubuh manusia, contohnya penghasilan kolagen, penghasilan tisu dan DNA molekul. Antioksidan, sebaliknya mampu menghalang kerosakan ini dengan meneutralkan radikal bebas tersebut. Antioksidan yang terkandung dalam kunyit terbukti mampu memberi manfaat pada tubuh manusia seperti kesihatan kulit, kesihatan gusi dan jika diamalkan secara topikal (sapu atas kulit), boleh mengubati jangkitan kulat seperti panau (Avanco et al, 2017).

Berbalik pada pengalaman saya. Beberapa bulan yang lepas, saya ternampak seorang rakan menjual Jamu Kunyit Cekur. Kerana tidak mahu lagi menaruh harapan yang tinggi pada diri sendiri bahawa suatu hari nanti saya akan membuat Jamu Kunyit sendiri, makanya saya pun terus menghubungi rakan ini untuk membeli Jamu Kunyit tersebut, atau sebenarnya, Jamu  Kunyit Cekur. Beliau menambah bahan lain yang juga amat berkhasiat dalam Jamu tersebut iaitu cekur. Arwah nyai panggil kencur. Orang Jawa mesti familiar. 

Okay, sekarang apa kaitan kopi dan Jamu Kunyit?

Kaitannya ialah, setelah meminum Jamu Kunyit Cekur ini, saya tidak terfikir langsung untuk minum kopi. Sebab? Entah. Mungkin saya tidak mengantuk (Oh ya, saya memang kaki tidur). Mungkin juga saya tak rasa lemau (Kalau dah kaki tidur tu, mesti la selalu rasa lesu kan? :-D ). Mungkin juga sebab saya rasa segar sentiasa. Pelik. Memang pelik. Saya adalah seorang individu yang boleh tidur seharian tanpa rasa bersalah. Tapi dengan Jamu Kunyit Cekur ni, tidur selalu on time, 12 midnight. 

Okay, sekarang apa kaitan pula dengan proses turun berat badan tu?

Kaitannya ialah, saya tidak rasa sengal langsung setelah melakukan senaman. Yep, saya bersenam setiap hari. Lari keliling Tasik Seksyen 7 tu 3 pusingan. Pastu terhegeh-hegeh gi AEON Mall Shah Alam untuk ke gym. Buat itu ini, balik rumah terus krohh krohh tidur. Esok pagi ulang balik. Sakit badan takda langsung. Sikit pun takda. Yang ni lagi pelik. Ajaib. 

Dulu, masa ke Ho Chi Minh City dengan housemate gendong backpack 5 hari, backpack je pun, balik Shah Alam tak boleh bangun sehari. Nak gerak kaki gi berak pun tak sanggup. Dia punya muscle sore, masyaAllah! Impossible. 😺😺😺

Mungkin ada yang berpendapat, saya ni fit orangnya. Silap ya. Anda memang silap. Saya fat. Bukan fit. Adoi. 

Jadinya, berbekalkan Jamu Kunyit Cekur tu sebotol setiap hari (pagi dan malam), saya dapatlah exercise dengan jitu dan padu. Walaupun masih ada malas2 sikit. Biasa la, saya ni ular sawa. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, lari 3 pusingan kat Tasik Seksyen 7 tu mungkin perkara biasa. tapi pada saya, itu merupakan pencapaian saya yang terbaik. Terbaik dalam 9 tahun ini. Nampak tak di situ betapa saya dah lama tak bersenam. 

Oleh itu kawan2, puan2, encik2 sekalian, dapatla saya simpulkan di sini bahawa, Jamu Kunyit Cekur dapat menambah stamina dan menyelesaikan masalah sakit otot yang tidak berkesudahan tu. Mungkin kesimpulan ini macam takda kaitan dengan isi kandungan esei di atas. Tidak mengapa. Haha.. Yang penting objektif tercapai. Justeru, anda semua patut mencuba untuk kebaikan diri sendiri. Sekian. 

Inilah rupa Jamu Kunyit Cekur tersebut. 

Sunday, 22 January 2017

PTD M41: Tapisan Pegawai Tadbir Diplomatik Tahun 2016/2017

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Alhamdulillah, Akidah sudahpun melepasi saringan kecergasan untuk PTD atau lebih dikenali sebagai PAC.

Begini ceritanya.

Perjalanan untuk PTD bermula beberapa tahun lepas apabila Akidah update maklumat dalam laman sesawang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Pada tahun 2015, saya mendapat jemputan dari SPA untuk memduduki peperiksaan secara online untuk jawatan ini. Walaubagaimanapun, saya berada di kampung halaman pada ketika itu dan terlupa langsung akan temujanji dengan SPA (housemate ada call untuk remind, tapi 10min before, tak sempat jugak ☹☹☹☹☹ ). Melepas.

Pada 4 November 2016 yang lepas, saya mendapat SMS menyatakan saya dijemput untuk menduduki peperiksaan PTD sekali lagi. Alhamdulillah. Makanya, pada 23/11/2016, saya pun menduduki peperiksaan tersebut dan syukur, LULUS. Kemudian, saya mendapat SMS lagi menyatakan saya dijemput untuk menghadiri PAC Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik, atau secara ringkasnya, PAC. PAC merujuk kepada PTD Assessment Centre, iaitu penilaian yang merupakan salah satu dari program saringan pemohon PTD.

Sepanjang pengalaman saya, PAC yang saya hadiri merangkumi 1.5 hari seperti yang saya akan huraikan di bawah:

Hari pertama: - Berpakaian sukan dan berkasut sukan. Lelaki berpakai T-shirt berkolar dan seluar panjang. Wanita berpakaian T-shirt berwarna hitam/gelap dan seluar panjang. (Etika pakaian ada disertakan dalam email jemputan dari SPA)

1. Tiba di INTAN Bukit Kiara pada 0740. Terus ke meja daftar. Pastikan cetakan surat tawaran dari email dan Kad Pengenalan dibawa bersama. Tunggu bersama-sama calon yang lain. Ketika ini saya berkenalan dengan beberapa kawan baharu dan mereka semuanya baik belaka.

2. Taklimat.

3. Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) dimulakan. Kami diuji dari aspek kecergasan tubuh dan kesihatan am.

4. Mengikut urutan nombor badan, ujian pertama adalah ujian genggaman tangan. Calon dikehendaki memegang dan menggenggam sejenis alat menggunakan tangan dominan (saya  kidal) sekuat hati. Menurut coach, setakat saya, sayalah satu2nya calon wanita yang mendapat markah maksimum. Saya lihat angka yang ditulis diborang 79.6 untuk tangan kiri dan 79.3 untuk tangan kanan. Tidak pasti pula dalam unit apa.

5. Ujian diteruskan. Kali ini untuk menguji kelenturan badan dan kadar fleksibel otot hamstring (paha dan betis). Kali ini coach tulis 'max'. Ya, saya tolak senggatan hingga ke dinding. πŸ˜ƒ Untuk ujian ini, calon dikehendaki duduk di lantai, kaki melunjur lurus kehadapan. Kedua-dua tangan ditindihkan menghala ke hadapan untuk menolak alat pengukur. Tolaklah sejauh mungkin. Untuk pengetahuan semua, saya mengikuti kelas yoga semata-mata untuk memastikan saya mampu melenturkan tubuh semaksimum mungkin. huhu...

6. BMI atau Body Mass Index. Calon mestilah mempunyai BMI antara  19-29. Ini adalah syarat yang dinyatakan. BMI saya awalnya 32.5. 😁 . Maka saya telah mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan berat dan 6kg telah diturunkan sebelum tarikh PAC. Tapi masih belum mencukupi. BMI  saya pada hari PAC adalah 30.7 = Slightly obese ye. Oleh itu, pada sesiapa yang ingin memohon PTD, pastikan BMI anda terletak antara 19-29. Pastikan.

7. Ujian kadar degupan jantung (heart beat) dan tekanan darah. Normal, Alhamdulillah.

8. Ujian bangkit  tubi. Untuk pengetahuan semua, ujian bangkit tubi ini bukanlah seperti yang kita selalu lihat di kaca televisyen mahupun video YouTube. Seperti yang biasa kita lihat/lakukan, bangkit tubi adalah apabila kita berada dalam kedudukan baring di atas lantai dengan kaki bengkok, kemudian tangan disilangkan sama ada di bahu/dada atau di belakang kepala. Semasa UKJK, terdapat sedikit perbezaan, iaitu calon dikehendaki baring di atas lantai dengan kaki bengkok (seperti biasa), tangan diletakkan di sisi (yang ni yang lain sikit), dan apabila masa dimulakan (1 min), calon dikehendaki menggerakkan tangan sejauh 4 inci dan kembali ke posisi asal. Ulang sebanyak mungkin. Pastikan otot abdomen diguna semaksimum mungkin (ini yang payah... huhu). Rupanya style ni lagi payah dari bangkit tubi yang biasa kita buat tu. Saya tidak dapat buat banyak, coach ingatkan saya untuk pastikan saya lari dengan baik ketika bleep test kerana BMI saya yang tidak mengikut syarat dan bangkit tubi yang lemah. Thanks coach!

9. Bleep test. Yang ni mencabar. Terbakar rasa dada ni. Dalam dewan, coaches menyusun kon sejauh 20m. Ujian ini dinamakan bleep test kerana calon dikehendaki berlari 20m ulang alik dalam sela masa yang ditentukan, dan sela masa itu ditanda dengan bunyi 'bleep'. Semakin lama, masa antara dua 'bleep' semakin pendek..maka, calon mesti menambah kelajuan larian untuk mengelakkan dari disingkir. Jika calon tidak tiba pada garisan SEBELUM bunyi 'bleep' sebanyak 2 kali berturut-turut, automatik tersingkir. Oleh itu, pastikan anda semua mampu lari pecut walaupun dah penat. Alhamdulillah, saya berjaya lari hingga Level 3-8. Fuhh..
p/s: kepada calon wanita, pakai la sports bra ye. Atau singlet ketat di dalam.

10. Makan tengah hari. Alhamdulillah, sedap.

11. Selepas selesai solat Zohor, setibanya saya di dewan, kamisemua terus diarahkan untuk menyemak keputusan UKJK. Duppdappduppdappp.... LULUS. Alhamdulillah. Syukur sangat2. Terima kasih Allah, terima kasih kawan-kawan dan keluarga yang bagi sokongan. Ye la, dalam masa 3minggu saya berusaha untuk turunkan berat dan bersenam untuk lebih cergas. Usaha berbaloi. πŸ˜‰


Kepada yang gagal UKJK, mereka pulang. PAC tamat.

12. Seterusnya, kami semua dibawa menaiki bas ke audoitorium untuk ujian penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tajuk amat random. Saya pasti tajuk sentiasa berubah. Silakan banyak membaca dan asah kemahiran menulis.

13. Aktiviti bersama panel psychologist (agaknya la). Yang ni seronok kerana kami diminta untuk membina roller coaster menggunakan surat khabar dan mereka cheer song. Tak ubah seperti aktiviti kursus kepimpinan yang biasa saya hadiri.



Jam 1630, semuanya selesai dan kami dibenarkan pulang.

Hari Kedua: Berpakaian formal.

1. Pengucapan awam (individu) Bahasa Melayu

2. Public speaking (individu) English

3. Perbincangan dalam kumpulan (1 jam) Bahasa Melayu

4. Group Discussion (1 jam) in English.

Ketika ini, kebolehan bercakap/berinteraksi/menghurai pendapat akan dinilai. Pastikan Bahasa Melayu dan English tidak bercampur aduk. Pastikan tatabahasa sempurna. Atau sesempurna mungkin. Berdiri dan berjalan dengan yakin. Senyum. Panel merupakan individu profesional dan tanggapan mereka terhadap anda amat mempengaruhi markah. Pastikan anda berinteraksi dengan kawan-kawan anda dengan baik dan bergaya. Gelak pontianak diharamkan. Merokok juga. Jaga attitude.

5. Tamat.

Ketika ini, saya sedang menunggu keputusan PAC. Jika lulus, saya akan dipanggil untuk temuduga. Harap-harap lulus. πŸ˜ƒ Saya telah berusaha sehabis baik dan saya betul-betul ingin menjadi sebahagian  dari kumpulan pegawai yang mampu memberi impak kepada masyarakat sekeliling saya.

Berdasarkan bacaan saya di internet,  ada kemungkinan keputusan diumumkan lebih kurang sebulan dari tarikh PAC. Oleh itu, mungkin pertengahan bulan Febuari. Saya berdebar. 😁

Kepada calon2 yang telah memohon untuk jawatan PTD, semoga berjaya. Kepada  yang telah melepasi PAC, tahniah dan semoga kita semua dipanggil untuk temuduga. Insyaallah.

Tamat. Saya nak sambung taip thesis. Assalamualaikum. 

Thursday, 12 November 2015

Minyak Biji Aprikot untuk Kulit dan Rambut

NATURAL OIL GREAT FOR YOUR SKIN AND HAIR

1. Apricot Seed Oil, RM20/bottle of 20ml. Price not inclusive postage.
- Comedogenic level: 2/5 (less likely to cause blackheads/clogged pores on face skin)
- Method of oil extraction: Cold-pressed
- Excellent for normal to dry skin and hair.
- Great moisturiser, apply before sleep every day.
- Can be applied directly to skin and hair.
- It has nutty-smell
- You may want to add few drops of any flower essential oil for fragrance and added benefits.

SMS/Whatssap: Kid, 0167737401




2. Grape Kernel Oil, RM20/bottle of 20ml. Price not inclusive postage.
- Comedogenic level: 2/5 (less likely to cause blackheads/clogged pores on face skin)
- Method of oil extraction: Cold-pressed
- Excellent for hair growth. Massage onto scalp every night for best result.
- Can be applied directly to skin and hair.
- Smells like grape, the seed.
- You may want to add few drops of any flower essential oil for fragrance and added benefits.

SMS/Whatssap: Kid, 0167737401

Method of Payment:
1. Cash on Delivery in Shah Alam area.
2. Contact me for Bank Account Number.

Thank you very much.