Rambut gugur. Hmmm..masalah besar...
Saya ada rambut. Awak ada rambut. Semua orang ada rambut. Kalau xda rambut, mungkin awak sejenis pokok atau reptilia. Gurau je. hihi...Kita kan mamalia, mamalia memanglah berbulu kan.
Saya ada rambut. Awak ada rambut. Semua orang ada rambut. Kalau xda rambut, mungkin awak sejenis pokok atau reptilia. Gurau je. hihi...Kita kan mamalia, mamalia memanglah berbulu kan.
Saya pasti ramai di luar sana mengalami masalah rambut gugur. baik lelaki mahupun wanita. Saya? rambut saya gugur sejak (sekurang-kurangnya) saya berumur 16 tahun. Tapi mungkin saya dikurniakan rambut yang cepat panjang dan cepat pula baby hair menjelma kembali, jadi rambut gugur bukanlah isu besar. Cuma sakit hati juga bila tengok rambut gugur di celahan jari jemari atau di lantai bilik. Tengah baca tahiyat akhir pun mata boleh lagi mengekor ke arah rambut-rambut yang beterbangan dihembus angin kipas jenama Pensonic.
Beberapa tahun lepas, saya menyimpan hasrat untuk tidak memotong rambut selama yang boleh. Akan tetapi, memikirkan perihal rambut yang berguguran bak bunga Sakura ketika musim luruh (ye ke bunga Sakura gugur time musim luruh??), terus Google home remedy untuk rambut gugur. Banyak cara untuk mengelakkan rambut dari gugur. Ini saya buat kesimpulan atas research yang dilakukan bertahun dahulu dan saya masih amalkan sebahagiannya hingga ke hari ini.
Bahagian pertama: Faktor dalaman.
Bila bercakap tentang faktor dalaman, tidak lain dan tidak bukan pastilah faktor pemakanan kita a.k.a diet. Bukan diet yang sibuk nak kuruskan badan tu, tapi diet yang merujuk pada eating style kita. Perlu difahami bahawa rambut terdiri dari komponen filamen protein yang terbentuk di folikel kulit kelapa. Eh, kepala. Senang cakap, rambut ni adalah protein yang tubuh atas kepala kita. Jadi, untuk dapat rambut yang sihat, kena la makan protein. Contoh makanan berprotein adalah ikan/ayam/daging/kekacang/telur. Makanlah makanan tambahan yang baik untuk tubuh, terutama jika kita mengalami maslah kelesuan. Kekurangan zat dan stress (mental dan fiikal) memang penyebab utama rambut gugur. Tambah lagi bangsa yang suka ikat rambut ketat-ketat sampai kening pun dan macam Wong Fei Hong.
Bahagian kedua: Faktor kosmetik/luaran
Saya bagi nama pada bahagian kedua ni Faktor Kosmetik kerana ia berkaitan dengan aspek kosmetik. Contohnya, penggunaan produk muka dan rambut. Saya amat teliti jika melibatkan produk kecantikan. Pertamanya, saya tidak lah secantik Miranda Kerr, manis tu ada la. Siapa bilang gadis Melayu tak menawan? Cuma, bila saya baca segala mak nenek bahan kimia pada label produk, tak sampai hati rasanya nak bertindak kejam ke atas kulit sendiri. Biarlah orang cakap outdated atau kedekut (memang kedekut pun), bila nampak macam-macam chemical name yang berbelit lidah nak sebut, memang tak jadi beli. Jadinya, gunalah bahan yang 100% semulajadi seperti natural oil. Contoh natural oil adalah minyak argan, minyak zaitun, minyak kelapa dara. Mineral oil tidak termasuk ya kawan-kawan. In fact, mineral oil telah terbukti tidak membawa apa-apa kebaikan pada kulit selain memberi rasa lembap. Baby oil pun sama. *Nanti saya update reference.
Bahagian ketiga: Faktor Usaha Alternatif
Bahagian ini merupakan bahagian feveret. Kenapa feveret? Anda pernah dengar pasal berbekam? atau mat salleh panggil Cupping therapy. Katanya kaedah perubatan alternatif ni asalnya dari China. Wallahualam. Tak kisah lah. Menurut pengalaman yang saya baca di internet, berbekam secara konsisten memang membantu rambut untuk tumbuh semula (source hilang. malas nak cari), dan boleh memperlahankan rambut gugur. Kaedah ini juga anjuran Rasulullah kesayangan kita. So kawan-kawan, tidak salah mencuba.
☺Perkongsian pengalaman saya
Disclaimer katenyerr: Ini adalah semata-mata perkongsian pengalaman. Saya tidak pernah merujuk mana-mana doktor atau Dermatologis bertauliah. Bacaan atas risiko sendiri.
Saya meminimakan makan makanan segera. Saya makan makanan sebenar. Saya tidak minum air berkarbonat (kadang-kadang terlepas juga). Saya bertukar ke jenama Himalaya untuk shampoo, Saya masih menggunakan conditoner Pantene.
Saya makan supplement minyak ikan Jenama Blackmores, saya mengurut kulit kepala dengan Grapeseed Oil. saya mengamalkan bekam di kepala sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Hasilnya, rambut saya tidak gugur. Pelik. Tapi benar. Takda lagi rambut atas bantal, rambut gugur time mandi atau beterbangan di lantai. Alhamdulillah.
Cuma...
Cuma kan.....
selepas beberapa bulan saya tidak berbekam (pokai), rambut mula gugur semula. Pelik. Kemudian minyak biji anggur pula habis. Semakin gugur rambutku.
So, kesimpulan yang dapat saya simpulkan adalah, amalan berbekam, memakan fish oil dan menggunakan minyak biji anggur sebagai minyak rambut berkesan melawan rambut gugur. Tapi bila kita stop, rambut pun protes kembali. Sekian.
Salam.. bekam di kepala tu 1 point saja ke? Dekat point sunnah utama? Atau beberapa point?
ReplyDelete