Thursday, 2 February 2017

Kopi, Jamu Kunyit dan Aku.

Assalamualaikum semua. Salam Sejahtera. Salam Perpaduan.

Hari ini saya tergerak untuk menulis pengalaman semasa cuba untuk menurunkan berat badan Januari lepas, dan pengalaman ini ada kaitan dengan minuman Jamu Kunyit.

Sebagai permulaan, perlu difahami bahawa saya merupakan peminum kopi tegar. Sehari minum 3,4 cawan kopi tu biasa je. Ada yang cakap saya ketagih. Salah. Bagi mereka yang melulu mengatakan peminat kopi ini ketagihan kafein, semak semula definisi ketagihan. Jauh beza antara menikmati rasa kopi pekat yang dicampur susu segar dan setengah sudu gula, dengan - kalau-tak-dapat-kopi-menggigil. Ya, saya rasa sedikit hhhmmmm dengan orang yang melulu melabel kami sebagai ketagihan kafein. Eh, dah terkeluar topik. 

Baiklah.

Jamu kunyit. Saya telah mengetahui kebaikan jamu kunyit beberapa tahun lepas apabila menonton drama TV Indonesia di TV3. Babak drama tersebut tiada kaitan langsung dengan Jamu Kunyit, tapi bibik dalam drama tersebut sedang minum Jamu Kunyit. Lalu saya seperti biasa terus mencari maklumat berkaitan Jamu Kunyit dan mendapati minuman ini merupakan minuman ruji wanita di Indonesia. Khasiat kunyit amat luas. Mungkin saya akan tulis artikel yang lebih terperinci tentang kunyit dalam post yang seterusnya. Antara kebaikan kunyit yang memang saya perlukan untuk diri sendiri adalah kandungan antioksidan yang sangat tinggi dan mampu menambah tenaga. Saya merasakan, ramai yang tahu bahawa antioksidan sangat penting untuk kesihatan tubuh, lebih-lebih lagi dengan gaya hidup yang kurang sihat dan udara yang tercemar. Antioksidan merupakan komponen yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk meneutralkan 'free radicals' atau radikal bebas yang terlalu tinggi. Kandungan radikal bebas yang terlalu tinggi dalam badan boleh mengganggu berbagai proses dalam tubuh manusia, contohnya penghasilan kolagen, penghasilan tisu dan DNA molekul. Antioksidan, sebaliknya mampu menghalang kerosakan ini dengan meneutralkan radikal bebas tersebut. Antioksidan yang terkandung dalam kunyit terbukti mampu memberi manfaat pada tubuh manusia seperti kesihatan kulit, kesihatan gusi dan jika diamalkan secara topikal (sapu atas kulit), boleh mengubati jangkitan kulat seperti panau (Avanco et al, 2017).

Berbalik pada pengalaman saya. Beberapa bulan yang lepas, saya ternampak seorang rakan menjual Jamu Kunyit Cekur. Kerana tidak mahu lagi menaruh harapan yang tinggi pada diri sendiri bahawa suatu hari nanti saya akan membuat Jamu Kunyit sendiri, makanya saya pun terus menghubungi rakan ini untuk membeli Jamu Kunyit tersebut, atau sebenarnya, Jamu  Kunyit Cekur. Beliau menambah bahan lain yang juga amat berkhasiat dalam Jamu tersebut iaitu cekur. Arwah nyai panggil kencur. Orang Jawa mesti familiar. 

Okay, sekarang apa kaitan kopi dan Jamu Kunyit?

Kaitannya ialah, setelah meminum Jamu Kunyit Cekur ini, saya tidak terfikir langsung untuk minum kopi. Sebab? Entah. Mungkin saya tidak mengantuk (Oh ya, saya memang kaki tidur). Mungkin juga saya tak rasa lemau (Kalau dah kaki tidur tu, mesti la selalu rasa lesu kan? :-D ). Mungkin juga sebab saya rasa segar sentiasa. Pelik. Memang pelik. Saya adalah seorang individu yang boleh tidur seharian tanpa rasa bersalah. Tapi dengan Jamu Kunyit Cekur ni, tidur selalu on time, 12 midnight. 

Okay, sekarang apa kaitan pula dengan proses turun berat badan tu?

Kaitannya ialah, saya tidak rasa sengal langsung setelah melakukan senaman. Yep, saya bersenam setiap hari. Lari keliling Tasik Seksyen 7 tu 3 pusingan. Pastu terhegeh-hegeh gi AEON Mall Shah Alam untuk ke gym. Buat itu ini, balik rumah terus krohh krohh tidur. Esok pagi ulang balik. Sakit badan takda langsung. Sikit pun takda. Yang ni lagi pelik. Ajaib. 

Dulu, masa ke Ho Chi Minh City dengan housemate gendong backpack 5 hari, backpack je pun, balik Shah Alam tak boleh bangun sehari. Nak gerak kaki gi berak pun tak sanggup. Dia punya muscle sore, masyaAllah! Impossible. 😺😺😺

Mungkin ada yang berpendapat, saya ni fit orangnya. Silap ya. Anda memang silap. Saya fat. Bukan fit. Adoi. 

Jadinya, berbekalkan Jamu Kunyit Cekur tu sebotol setiap hari (pagi dan malam), saya dapatlah exercise dengan jitu dan padu. Walaupun masih ada malas2 sikit. Biasa la, saya ni ular sawa. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, lari 3 pusingan kat Tasik Seksyen 7 tu mungkin perkara biasa. tapi pada saya, itu merupakan pencapaian saya yang terbaik. Terbaik dalam 9 tahun ini. Nampak tak di situ betapa saya dah lama tak bersenam. 

Oleh itu kawan2, puan2, encik2 sekalian, dapatla saya simpulkan di sini bahawa, Jamu Kunyit Cekur dapat menambah stamina dan menyelesaikan masalah sakit otot yang tidak berkesudahan tu. Mungkin kesimpulan ini macam takda kaitan dengan isi kandungan esei di atas. Tidak mengapa. Haha.. Yang penting objektif tercapai. Justeru, anda semua patut mencuba untuk kebaikan diri sendiri. Sekian. 

Inilah rupa Jamu Kunyit Cekur tersebut. 

No comments:

Post a Comment