Sunday, 22 January 2017

PTD M41: Tapisan Pegawai Tadbir Diplomatik Tahun 2016/2017

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Alhamdulillah, Akidah sudahpun melepasi saringan kecergasan untuk PTD atau lebih dikenali sebagai PAC.

Begini ceritanya.

Perjalanan untuk PTD bermula beberapa tahun lepas apabila Akidah update maklumat dalam laman sesawang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Pada tahun 2015, saya mendapat jemputan dari SPA untuk memduduki peperiksaan secara online untuk jawatan ini. Walaubagaimanapun, saya berada di kampung halaman pada ketika itu dan terlupa langsung akan temujanji dengan SPA (housemate ada call untuk remind, tapi 10min before, tak sempat jugak ☹☹☹☹☹ ). Melepas.

Pada 4 November 2016 yang lepas, saya mendapat SMS menyatakan saya dijemput untuk menduduki peperiksaan PTD sekali lagi. Alhamdulillah. Makanya, pada 23/11/2016, saya pun menduduki peperiksaan tersebut dan syukur, LULUS. Kemudian, saya mendapat SMS lagi menyatakan saya dijemput untuk menghadiri PAC Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik, atau secara ringkasnya, PAC. PAC merujuk kepada PTD Assessment Centre, iaitu penilaian yang merupakan salah satu dari program saringan pemohon PTD.

Sepanjang pengalaman saya, PAC yang saya hadiri merangkumi 1.5 hari seperti yang saya akan huraikan di bawah:

Hari pertama: - Berpakaian sukan dan berkasut sukan. Lelaki berpakai T-shirt berkolar dan seluar panjang. Wanita berpakaian T-shirt berwarna hitam/gelap dan seluar panjang. (Etika pakaian ada disertakan dalam email jemputan dari SPA)

1. Tiba di INTAN Bukit Kiara pada 0740. Terus ke meja daftar. Pastikan cetakan surat tawaran dari email dan Kad Pengenalan dibawa bersama. Tunggu bersama-sama calon yang lain. Ketika ini saya berkenalan dengan beberapa kawan baharu dan mereka semuanya baik belaka.

2. Taklimat.

3. Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) dimulakan. Kami diuji dari aspek kecergasan tubuh dan kesihatan am.

4. Mengikut urutan nombor badan, ujian pertama adalah ujian genggaman tangan. Calon dikehendaki memegang dan menggenggam sejenis alat menggunakan tangan dominan (saya  kidal) sekuat hati. Menurut coach, setakat saya, sayalah satu2nya calon wanita yang mendapat markah maksimum. Saya lihat angka yang ditulis diborang 79.6 untuk tangan kiri dan 79.3 untuk tangan kanan. Tidak pasti pula dalam unit apa.

5. Ujian diteruskan. Kali ini untuk menguji kelenturan badan dan kadar fleksibel otot hamstring (paha dan betis). Kali ini coach tulis 'max'. Ya, saya tolak senggatan hingga ke dinding. 😃 Untuk ujian ini, calon dikehendaki duduk di lantai, kaki melunjur lurus kehadapan. Kedua-dua tangan ditindihkan menghala ke hadapan untuk menolak alat pengukur. Tolaklah sejauh mungkin. Untuk pengetahuan semua, saya mengikuti kelas yoga semata-mata untuk memastikan saya mampu melenturkan tubuh semaksimum mungkin. huhu...

6. BMI atau Body Mass Index. Calon mestilah mempunyai BMI antara  19-29. Ini adalah syarat yang dinyatakan. BMI saya awalnya 32.5. 😁 . Maka saya telah mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan berat dan 6kg telah diturunkan sebelum tarikh PAC. Tapi masih belum mencukupi. BMI  saya pada hari PAC adalah 30.7 = Slightly obese ye. Oleh itu, pada sesiapa yang ingin memohon PTD, pastikan BMI anda terletak antara 19-29. Pastikan.

7. Ujian kadar degupan jantung (heart beat) dan tekanan darah. Normal, Alhamdulillah.

8. Ujian bangkit  tubi. Untuk pengetahuan semua, ujian bangkit tubi ini bukanlah seperti yang kita selalu lihat di kaca televisyen mahupun video YouTube. Seperti yang biasa kita lihat/lakukan, bangkit tubi adalah apabila kita berada dalam kedudukan baring di atas lantai dengan kaki bengkok, kemudian tangan disilangkan sama ada di bahu/dada atau di belakang kepala. Semasa UKJK, terdapat sedikit perbezaan, iaitu calon dikehendaki baring di atas lantai dengan kaki bengkok (seperti biasa), tangan diletakkan di sisi (yang ni yang lain sikit), dan apabila masa dimulakan (1 min), calon dikehendaki menggerakkan tangan sejauh 4 inci dan kembali ke posisi asal. Ulang sebanyak mungkin. Pastikan otot abdomen diguna semaksimum mungkin (ini yang payah... huhu). Rupanya style ni lagi payah dari bangkit tubi yang biasa kita buat tu. Saya tidak dapat buat banyak, coach ingatkan saya untuk pastikan saya lari dengan baik ketika bleep test kerana BMI saya yang tidak mengikut syarat dan bangkit tubi yang lemah. Thanks coach!

9. Bleep test. Yang ni mencabar. Terbakar rasa dada ni. Dalam dewan, coaches menyusun kon sejauh 20m. Ujian ini dinamakan bleep test kerana calon dikehendaki berlari 20m ulang alik dalam sela masa yang ditentukan, dan sela masa itu ditanda dengan bunyi 'bleep'. Semakin lama, masa antara dua 'bleep' semakin pendek..maka, calon mesti menambah kelajuan larian untuk mengelakkan dari disingkir. Jika calon tidak tiba pada garisan SEBELUM bunyi 'bleep' sebanyak 2 kali berturut-turut, automatik tersingkir. Oleh itu, pastikan anda semua mampu lari pecut walaupun dah penat. Alhamdulillah, saya berjaya lari hingga Level 3-8. Fuhh..
p/s: kepada calon wanita, pakai la sports bra ye. Atau singlet ketat di dalam.

10. Makan tengah hari. Alhamdulillah, sedap.

11. Selepas selesai solat Zohor, setibanya saya di dewan, kamisemua terus diarahkan untuk menyemak keputusan UKJK. Duppdappduppdappp.... LULUS. Alhamdulillah. Syukur sangat2. Terima kasih Allah, terima kasih kawan-kawan dan keluarga yang bagi sokongan. Ye la, dalam masa 3minggu saya berusaha untuk turunkan berat dan bersenam untuk lebih cergas. Usaha berbaloi. 😉


Kepada yang gagal UKJK, mereka pulang. PAC tamat.

12. Seterusnya, kami semua dibawa menaiki bas ke audoitorium untuk ujian penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tajuk amat random. Saya pasti tajuk sentiasa berubah. Silakan banyak membaca dan asah kemahiran menulis.

13. Aktiviti bersama panel psychologist (agaknya la). Yang ni seronok kerana kami diminta untuk membina roller coaster menggunakan surat khabar dan mereka cheer song. Tak ubah seperti aktiviti kursus kepimpinan yang biasa saya hadiri.



Jam 1630, semuanya selesai dan kami dibenarkan pulang.

Hari Kedua: Berpakaian formal.

1. Pengucapan awam (individu) Bahasa Melayu

2. Public speaking (individu) English

3. Perbincangan dalam kumpulan (1 jam) Bahasa Melayu

4. Group Discussion (1 jam) in English.

Ketika ini, kebolehan bercakap/berinteraksi/menghurai pendapat akan dinilai. Pastikan Bahasa Melayu dan English tidak bercampur aduk. Pastikan tatabahasa sempurna. Atau sesempurna mungkin. Berdiri dan berjalan dengan yakin. Senyum. Panel merupakan individu profesional dan tanggapan mereka terhadap anda amat mempengaruhi markah. Pastikan anda berinteraksi dengan kawan-kawan anda dengan baik dan bergaya. Gelak pontianak diharamkan. Merokok juga. Jaga attitude.

5. Tamat.

Ketika ini, saya sedang menunggu keputusan PAC. Jika lulus, saya akan dipanggil untuk temuduga. Harap-harap lulus. 😃 Saya telah berusaha sehabis baik dan saya betul-betul ingin menjadi sebahagian  dari kumpulan pegawai yang mampu memberi impak kepada masyarakat sekeliling saya.

Berdasarkan bacaan saya di internet,  ada kemungkinan keputusan diumumkan lebih kurang sebulan dari tarikh PAC. Oleh itu, mungkin pertengahan bulan Febuari. Saya berdebar. 😁

Kepada calon2 yang telah memohon untuk jawatan PTD, semoga berjaya. Kepada  yang telah melepasi PAC, tahniah dan semoga kita semua dipanggil untuk temuduga. Insyaallah.

Tamat. Saya nak sambung taip thesis. Assalamualaikum.